RESIPI MALAYSIA

February 04, 2005

RESIPI AYAM ASAM PEDAS

BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ayam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia2 batang serai
2 cm lengkuas
3 helai daun kunyit
5 helai daun limau
5 biji buah keras
2 cawan air asam jawa
1 cawan cili boh

CARA MEMASAK

1. Bersihkan ayam dan potong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan buah keras.
3. Masak sehingga naik baunya dan masukkan cili boh.
4. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit masak sehingga naik baunya.
5. Tuangkan air asam jawa .
6. Masukkan ayam dan masak sehingga pekat.
7. Masak sehingga ayam menjadi lembut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home