RESIPI MALAYSIA

February 04, 2005

RESIPI AYAM BUAH KERAS

BAHAN-BAHANNYA
1ekor ayam
400 ml santan
6 biji buah keras
20 ulas bawang merah
3 biji bawang putih
5 biji cili merah
6 hiris lengkuas
1 sm halia
30 tangkai cili kering
4 helai daun limau purut ( dihiris )
2 keping asam gelugur
3 sudu besar bawang goreng
garam secukup rasa
minyak masak

CARA MEMASAK

1. Ayam diperap dengan sedikit garam dan gula selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah sehingga wangi dan berminyak.
3. Semasa menumis masukkan sedikit santan.
4. Kemudian masukkan ayam, daun limau purut, garam dan setengah daripada santan tadi.
5. Gaul sehingga rata dan masak di atas api yang sederhana selama 10 minit.
6. Biar seketika dan kemudian masukkan baki santan, asam keping dan gula.
7. Biarkan ianya mendidih dan gaulkan pula dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home