RESIPI MALAYSIA

February 04, 2005

RESIPI AYAM GORENG BERGAJUS

BAHAN-BAHANNYA
600 g daging ayam
600 g minyak masak
220 g biji gajus
2 sudu kecil tepung jagung
2 sudu kecil minyak cili
6 hiris halia
8 biji bawang merah ( dihiris )

BAHAN A
1 biji telur
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar minyak masak

BAHAN B
1 sudu kecil sos soya hitam
2 sudu kecil sos soya putih
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil cuka hitam
sedikit bijan

CARA MEMASAK

1. Potong ayam bentuk kiub.
2. Campurkan ayam tadi dengan bahan-bahan A.
3. Rebus biji gajus dan toskan.
4. Panaskan minyak sehingga perang.
5. Masukkan ayam dan goreng sekejap dan toskan.
6. Goreng bawang merah, halia dan cili kerong bersama-sama di dalam kuali dan kemudian masukkan ayam.
7. Masukkan pula bahan B dan gaul sehingga rata.
8. Masukkan tepung jagung dan minyak bijan.
9. Akhir sekali masukkan biji gajus dan gaul sehingga rata sebelum diangkat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home