RESIPI MALAYSIA

February 04, 2005

RESIPI AYAM GORENG DAUN PANDAN

BAHAN-BAHANNYA
600 g isi ayam
1 labu bawang putih
1 biji bawang merah
20 mm halia segar
1 sudu kecil akar ketumbar cincang
1 sudu kecil serai cincang
25 ml sos cili
25 ml kicap pekat
25 ml sos tiram
125 ml santan
2 sudu kecil gula merah
1/2 sudu kecil teh garam
lada hitam ( ditumbuk )
daun pandan segar
minyak masak

CARA MEMASAK

1. Kulit ayam diasingkan dan ayam dipotong kecil-kecil ataupun dipotong kiub.
2. Bawang putih, bawang merah, halia akar ketumbar dan serai ditumbuk.
3. Campurkan bahan-bahan tadi dengan sos cili, kicap dan sos tiram dan lada hitam .
4. Perapakan selama 30 minit.
5. Kemudian balut setiap ayam tadi dengan daun panda dan semat hujungnya dengan lidi ( seperti otak-otak ).
6. Goreng sehingga masak.
7. Hidangkan bersama sos manis, acar buah ataupun salad.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home