RESIPI MALAYSIA

February 04, 2005

RESIPI AYAM KAS

BAHAN-BAHANNYA
1/2 ekor ayam
3 cawan santan
2 sudu kerisik
1 sudu teh asam jawa
gula dan garam secukup rasa

BAHAN UNTUK DIKISAR
10 cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sm halia
3 biji buah pelaga
1 sudu teh kas-kas

CARA MEMASAK

1. Potong ayam mengikut kehendak anda.
2. Bersihkan lalu ditoskan.
3. Gaulkan garam dan perap.
4. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga kekuningan.
5. Apabila telah masak, ketepikan ayam tersebut.
6. Kemudian panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahang yang telah dikisar tadi.
7. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
8. Kemudian masukkan garam, air, asam jawa dan kerisik.
9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
10. Biarkan sehingga masak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home