RESIPI MALAYSIA

February 04, 2005

RESIPI AYAM MASAM BAMIA

BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ayam
1/2 tin susu cair
50 g tomato puri
1/2 cawan kecil rempah kari daging
2 biji tomato
2 biji bawang besar
10 batang kacang bendi
1/2 cawan minyak untuk menumis
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
garam secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Potong ayam mengikut kehendak masing.
2. Tomato dan bawang besar dipotong halus.
3. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk sehingga halus.
4. Panaskan minyak dan tumiskan rempah kari dan bawang yang telah ditumbuk tadi.
5. Masak sehingga rempah menjadi garing kekuningan.
6. Kemudian masukkan tomato puri, susu cair, tomato buah dan bawang besar yang telah dimayang.
7. Kemudian masukkan pula ayam dan juga garam.
8. Setelah ayam telah menjadi empuk masukkan pula kacang bendi dan biarkan ianya menjadi lembut.
9. Biarkan ianya masak sehingga kuat menjadi pering ( pekat ).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home