RESIPI MALAYSIA

February 04, 2005

RESIPI AYAM SERI MENANTI

BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ayam ( dipotong 13 keping )
30 g halia ( dikisar )
10 g bawang putih ( dikisar )
100 g bawang merah ( dikisar )
20 g badam ( dikisar )
200 g cili merah ( dikisar )
5 g cili kering ( dikisar )
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
5 g kulit kayu manis
3 g bunga lawang
2 g bungan cengkih
2 g buah pelaga
santan ( 1 1/2 biji kelapa )
4 biji air limau nipis
10 biji gajus
50 g minyak masak
10 g daun sup
garam secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Ambil ayam tadi lalu dicuci dan keringkan.
2. Panaskan minyak dan goreng biji gajus sehingga kekuningan.
3. Keluarkan biji gajus tadi.
4. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga wangi.
5. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga garing.
6. Masukkan ayam serta sebuk jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, dan kacau sehingga sebati.
7. Masukkan air limau nipis, santan serta garam secukup rasa dan biarkan ianya mendidih.
8. Masakan elok dihidangkan dengan daun sup ataupun daun bawang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home