RESIPI MALAYSIA

February 04, 2005

RESIPI KURMA AYAM

BAHAN-BAHANNYA
1ekor ayam
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 ibu jari halia
2 butir buah pelaga
1 butir bunga lawang
1 sm kulit kayu manis
5 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk jintan putih
sedikit serbuk perasa
1 cawan santan pekat
3 helai daun sup
sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang , buah pelaga dan halia.
2. Masak sehingga baunya naik.
3. Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuhkan dengan serbuk jintan putih.
4. Masak sehingga garing.
5. Kemudian masukkan ayam yang telah direbus bersama air rebusan.
6. Masak sehingga mendidih, masukkan santan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
7. Masukkan garam dan serbuk perasa.
8. Taburkan sedikit daun bawang diatasnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home