RESIPI MALAYSIA

February 04, 2005

RESIPI SAMBAL PEDAS AYAM

BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ayam
150 g cili kering ( direndam dan dikisar )
50 g belacan
40 g asam jawa
10 ulas bawang merah ( ditumbuk )
5 ulas bawang putih ( ditumbuk )
100 g udang kering ( direndam dan dikisar )
gula dan garam secukup rasa
sedikit stok ayam
sedikit lada sulah dan kunyit ( untuk memerap ayam )

CARA MEMASAK

1. Ayam dipotong kecil dan diperapkan dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit.
2. Panaskan kuali dan goreng ayam tersebut dalam minyak yang banyak dan ketepikan ayam tersebut.
3. Panaskan kuali semula dan tumiskan bahan-bahan seperti cili kering, bawang , udang kering dan belacan sehingga naik baunya.
4. Masukkan air asam jawa dan kacau selalu.
5. Masak sehingga kuahnya pekat.
6. Masukkan gula dan garam.
7. Masukkan Ayam dan kacau perlahan-lahan sedikit stok ayam.
8. Masaklah diatas api yang perlahan.
9. Masak sehingga kuahnya kering dan pekat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home